Terms & Conditions

Terma dan Syarat Kulim Lavender Homestay (KLH) adalah seperti berikut:


•KLH dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM (yang muhrim sahaja) sahaja.

•Untuk menempah KLH anda perlu membayar deposit sebanyak RM50/semalam , Contohnye jika anda hendak menempah utk 2 malam , Deposit yg anda perlu bayar adalah sebanyak RM100 .

•Bayaran untuk tempahan boleh dibuat melalui ‘Maybank cash deposit’ atau Maybank2u atau secara tunai .Sila simpan / email bukti pembayaran (masa,tempat,tarikh) anda kepada kami ke shazwan75@gmail.com.

•Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam RM secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay ketika mendaftar masuk.

•Tempahan akan dibatalkan sekiranya terdapat pelanggan lain yang lebih pantas membuat bayaran .

•Check in 2 petang; Check out 12 tengahari.

•Check out melebihi 12 tengahari, caj akan dikenakan dan bergantung kepada budi bicara,

•Kunci boleh diambil pukul 2 petang pada tarikh check in,

•Dilarang membawa binatang peliharaan,

•Perabot serta barangan di dalam rumah boleh digunakan dengan sebaik baiknya.Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan.

•Sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu dan kipas ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan rumah.

•Sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan KLH sepanjang menginap di sini.

•Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah DILARANG sama sekali.

•Penghuni DILARANG membawa masuk minuman keras dan bahan-bahan yang haram

•PenghuniDILARANG merokok di dalam premis KLH.

•Aktiviti-aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral termasuk parti liar adalah DILARANG sama sekali.

•Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya mengawasi barangan berharga (laptop, hp, barang kemas, beg duit dll) dengan baik dan memastikan semua pintu dan tingkap ditutup & dikunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada siang dan malam hari.

 

Pihak pengurusan Kulim Lavender Homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kejadian yang tidak diingini berlaku/kemalangan sepanjang penginapan.



Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.



0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Kulim Lavender Homestay 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.